Assalamualaikum
w.b.t
Korang
mesti terkejutkan dengan tajuk entry Suha kali ni?. Suha 3 kali ganda terkejut
tau.
Ada la seorang hamba ALLAH ni, tak nak mention nama takut
nanti kena saman. Dia tegur kenapa Suha nampak berisi sekarang. Eee yang pelik ni apsal tak cakap
gemuk je terus?..ahaha
Untuk
pengetahuan kaum lelaki yang belum tahu, orang perempuan ni pantang tau kalau
ditegur gemuk, iaitu bertambah daripada saiz badan yang asal. Lagi2 kalau yang
tegur tu boyfriend dia atau balak dia, tapi situasi Suha hanya seorang kawan. Kalau
yang sedia gemuk terima la seadanya ok, jangan pulak sibuk nak kurus. :)
Bila
ditimbal balik, dah lama juga tak bersenam ni sejak cuti semester, lebih kurang
sebulan yang lalu. So, Suha pun pakat la dengan seorang kawan ni, tentulah BFF
Suha kan. Jadi kitorang pun setuju nak mula jogging pagi ni. Kebetulan kawan
Suha tu pun sekarang tengah cuti panjang sebab dah habis pengajian dekat
Matrikulasi Perak.
Pkul 6.15 pagi mama kejutkan bangun solat subuh, kebiasaan
nya set alarm dekat fon kalau di kampus, tapi bila balik rumah nak bermanja
dengan mama la pula.
So masuk bilik air cuci muka, gosok gigi & ambil wuduk. Aik itu je?. Iya la
nak pergi jogging tak payah mandi nanti busuk balik. Suha cover la jugak sembur
perfume sikit.hehe
Sebab terlalu excited sangat nak jogging, lupa nak
stretching dulu. Pada 10 minit pertama mula terasa sakit dekat bahagian
pinggang, auchh! Itu la pengajarannya kalau malas nak buat senam memanaskan
badan dulu.
Kami
pusing2 dua pusingan je mula dari depan Sekolah DotDotDot sampai belakang Balai
Polis DotDot. Nampak tak agak misteri nama2 tersebut?
So,
tamatlah untuk hari ni jogging kami, kitorang janji besok mula awal sedikit
memandangkan rumah kami di kawasan sekolah, dan haruslah sibuk waktu2 pagi.
Orang nak pergi sekolah, kita sibuk nak jogging. :)
Time
dekat UiTM Machang, Suha selalu jugak la bersenam, tapi kena heret roommate
sekali la. Disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit dekat sana, so kami lebih
suka berbasikal berbanding jogging. Kadang2 kalau terlewat nak sewa basikal,
habis pula so kitorang lepak2 dekat gym, buat la apa yang patut. Yang paling
best boleh guna sesuka hati gym tu sebab tak ramai student sangat, sambil
berehat dalam gym berhawa dingin boleh layan lagu.
Dan
hasilnya sekarang, Suha rasa segar sangat lepas jogging tadi. Selalunya cuti2
macam ni katil la jadi peneman paling baik.
3 comments:
hurmm ,ade 1 petua ni , kalu kiter nk bkr lemak bdn , kiter kena mandi pada waktu subuh .... :) insya Allah kurus leerrr ... hehehhe
arhh sejukk nye nk mndi time sbuh, Suha plg awal mndi pkul 6.30, kalau class pkul 12 lagi laaa..hehe
mesti sis amalkan utk jga bdan kan? :)
btw, thanks a lot tuk petua tu, in sha ALLAH Suha praktikkan. ^_~
Satu lagi petua...make sure minum air cukup...2 -3 liter sehari. Cuba ambil sebijik lemon..hiris tp xyah perah...letak dalam tumbler ke jug..letak air 1 liter...bila air habis..top up lagi. Kira 1 lemon sehari la...bagus untuk detoxs
Nak tips lagi jemput melawat blog saya
www.mamasyafi.wordpress.com
Post a Comment