-->
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World lıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅ı|llılı

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mr. Kiko Hamtaro

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tanda Sayang ^___^

Showing posts with label Just For Fun. Show all posts
Showing posts with label Just For Fun. Show all posts

Rahsia Tahi Lalat

www.tips-fb.com
Sebab tak tahu nak cerita apa, so Suha cuba kongsikan ini. Sekadar suka-II saja. Sharing is caring kan ~ (hihi)
letak gambar EXO oppa(s) aci tak ? (hihi)

1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman

51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, December 02, 2013 0 comments

Keistimewaan Anak Kelantan

www.tips-fb.com

1. Kelantanese use a proper Malay word.

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka

Ulaq - Kedah

Ulor - Johor

Ular - Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)

berjalan - jale (Jjaa-ley)

bermain - maing (Mmaa-eng)

perbualan - buale (Bbua- ley)

pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:

“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”

“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”

“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2

ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:

saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”

(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu


‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua

‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness

‘kawe’ dengan kenalan biasa

‘aku’ dengan member2 rapat

‘oghe’ dengan family

’sayo’ untuk formality
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Wednesday, February 27, 2013 0 comments

Kegunaan Lain Laptop Yang Korang Tak Tahu

www.tips-fb.com
Di sini Suha ingin mengingatkan supaya korang perlu sedar bahawa laptop korang mempunyai begitu banyak kegunaan... Bukan sekadar untuk online FACEBOOK, BLOGGER, mahupun FRIENDSTER & MYSPACE (Ada lagi ker yang main benda alah ni), tapi boleh juga digunakan untuk bermacam-macam cara..
Oh yer... Adakah korang teringin mengetahuinya? Jom.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


broken-laptop (1)
boleh digunakan untuk memecahkan kacang yang keras

broken-laptop (2)
ha.sape laptop dia panas sangat tu, boleh jugak digunakan untuk menggoreng telur..
Dapat jimat penggunaan gas di rumah.. :)

broken-laptop (3)
Digunakan untuk bermain ping pong pun boleh... Sangat digalakkan.. :)

broken-laptop (4)
Yes..ni paling hebat.. Alang-alang tunggu train tu, boleh jugak dijadikan sebagai kerusi..

broken-laptop (5)
Wah...kalau nak mengetuk paku dan takder tukul besi, laptop juga boleh digunakan untuk mengetuk paku tersebut.

broken-laptop (13)
Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai rumah burung...

Yang ni Suha paling tak boleh blah...
Laptop juga boleh berfungi sebagai......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
broken-laptop (7)

PENGAUT SAMPAH!!!!!

MOTIF?

hehehehe..sekadar bergurau saja.. korang jangan pulak menggatal nak praktiskan kat rumah!!!!
Ingat tu!!!!!! :)

Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Tuesday, October 30, 2012 3 comments

10 Fobia Paling Pelik di Dunia

www.tips-fb.com

Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari
.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi. Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, October 21, 2012 0 comments

Kisah Seram di Sebalik Penjara Pudu

www.tips-fb.com


Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, penjara pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan?


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah bera tsebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.


 


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.


Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.


Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
 


Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaa".. "Ahmad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmad Albab yangpunyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca. P/s: Suha pun terkena... so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha!



Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, May 28, 2012 0 comments

Lawak Samy Vellu Sepanjang Zaman

www.tips-fb.com
Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.

Pasti ramai yangakan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu
..wakaka


Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, January 29, 2012 0 comments

Info Tentang Dunia

www.tips-fb.com

# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).

# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

# Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

# Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

# Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

# Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

# Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.

# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.

# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.

# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.

# Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

# Unta mempunyai 3 kelopak mata.

# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.

# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.

# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.

# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

# 13% orang di dunia adalah kidal.

# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.

# Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

# Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.

# Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

# India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.

# Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.

# Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.

# Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

# Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.

# Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.

# Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.

# Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

# Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Saturday, January 21, 2012 1 comments

Ayam Atau Telur Ayam

www.tips-fb.com
"Mana yang lebih dahulu, ayam atau telur?" sudah menjadi pertanyaan paling filosofis maupun ilmiah selama berabad-abad, tetapi kini, jawapannya sudah tersedia.
Para ilmuan telah berjaya memecahkan teka-teki tersebut dan pastinya jawapan mereka, adalah ayam.
Seperti dilaporkan, para peneliti menemukan bahawa pembentukan kulit telur bergantung pada satu protein yang hanya ditemukan dalam indung telur ayam; ertinya, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam.
Protein yang disebut ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pengembangan kulit telur itu.
Cangkerang keras ini penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur dan para ilmuan daripada Universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk 'zoom in' pembentukan telur tersebut.
Komputer yang disebut HECToR itu mengungkapkan bahawa OC-17 sangat penting dalam proses memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.
Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur. Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk lebih cepat di dalam ayam. Unggas itu mampu menghasilkan 6 gram kulit telur setiap 24 jam.
Dr Colin Freeman, dari Jabatan Teknik Material Universiti Sheffield, mengatakan bahawa, "Selama ini orang ramai beranggapan bahawa yang terlebih dahulu ada adalah telur, tapi kini kita memiliki bukti ilmiah yang menunjukkan bahawa sebenarnya ayamlah yang lebih dulu wujud."
"Protein itu sudah lama diidentifikasi dan diketahui terkait dengan pembentukan telur. Ternyata, dengan memeriksanya secara jelas kita dapat melihat cara protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur. Menarik untuk diketahui bahawa berbagai jenis spesies burung tampaknya memiliki variasi protein dengan cara kerja yang sama," kata Freeman.
Manakala Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan bahawa penemuan itu berguna untuk hal lain.
"Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru maupun bahan baru," katanya.
“Alam telah menemukan solusi inovatif untuk semua jenis masalah dalam ilmu tentang materi dan teknologi dan kita dapat belajar banyak dari alam."
Penemuan itu ditelah diterbitkan dalam makalah "Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein".

~sumber~
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Friday, January 20, 2012 0 comments

Kerja Sambilan Superhero

www.tips-fb.com
Mesti korang tertanye-tanye an, ape xtvt dorang pade waktu terluang..
Maybe watak dorang yg kite tengok lam filem tue, selamat kan dunia, manusia dan sebagainye  mase dorang ngah keje "Full Time"..
Xpon mase ngah amek keje "Over Time"..hik3

JOM KITE TERJAH, JENG JENG JENG!!

Spiderman jadik Abam Posmen
Sempat ag tuh keje part time jadik pelayan restoran..hik3
Wahh, keje laundry mak cik nie..
Nie bukti berguna nye orang kuat..hehe
Catwoman pon ade family gak wehh..
Terer gler, xgune tangga or tali pon.. :P
Bkn hanye boley lawan musuh taw..
Ait, apsal kete die xsame ngan yg lam filem tuh?ahaha
Nie ley larik lelaju, baek ko jadi atlet negare..hik2
"Tengok la kepakaranku".. :P
Wakaka, siyes kelako giler..
Xlepas Suha nk nyawe, ase nk pecah perut nie gelak sakan..
Ishh3, macam2 la idea Si Omputih nie..
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Saturday, December 31, 2011 0 comments

Kenali Kuih-Muih Malaysia

www.tips-fb.com
Korang suka makan kueh tak?
Suha mmg pencinta kueh, sume benda Suha telan kecuali batu & kayu jep..hik3
Disebabkan kuat mkn nie ler Suha amek keputusan nk TERNAK BADAN jek cuti 3 boolan sementara tggu result SPM kuar!
Wakaka, giler punye tabiat an..
So, k jum kite berkenal-kenalan ngan kueh-mueh..
Petang2 cani ase lapor lak nak makan kueh..hehe

Kueh Paling Gangster
Lompat Tikam

 Kueh Paling Seksi
Puteri Mandi

Kueh Paling Keji
Taik Itik

Kueh Bajet Kiut
Cek Mek Molek

Kueh Untuk Awet Muda
Seri Muka

Kueh Paling Alim
Kuih Ketayap

Kueh Suka Pukul
Kuih Lompang

Kueh Dalam Zoo
Badak Berendam

Kueh Untuk Polis Trafik
Kuih Semperit

Kueh Bangun Sendiri
Kuih Bangkit

Kueh Orang Tak Mandi
Kuih Bau-Lu

Kueh Paling Tenteram
Kuih Makmur

Kueh Paling Lembap
Kuih Siput

Kueh 1 Malaysia
Kuih Telinga Keling

 Sumber Imej : Encik Google
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Wednesday, December 14, 2011 2 comments

Apabila Si Bihun Cemburukan Si Mee

www.tips-fb.com
Bihun sangat cemburukan mee kuning. Walaupun duduk di rak bersebelahan di Supermarket, mereka tidak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee kuning di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee kuning buat derk je dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja Supermarket mengalih rak mee kuning ke tempat lain. Bihun gembira tak terkata kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya itu.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak
spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir kau buat teknik rebonding camtu aku tak kenal kau!!!"
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, December 12, 2011 0 comments

Cara Ekstrem Hilangkan Jerawat

www.tips-fb.com
Jangan terkejut..
Mintak kejesame blogger yang Under 18 xbley tengok gmbar2 18SG yg terlampau di bawah.. (cehh tetibe pasan lak, suha pon bwu masuk 17..wakaka)

-

-

-

-

-

-

-

Gambar yg boley membuatkn ANDA, ANDA & ANDA menjatuhkan rahang ANDA..hik3

-
-
-
-

-

-

-

1.

2.

Ini ker care nk ilangkan jerawat?
ape da xmampu nk bli pencuci muka maupon scrub??hihi
ini sume iklan OXY..
tp nmpak 18SG sgt an, menakutkan!
Kalo ade jerawat sekalipon, haram la nk wat cani..wakaka

Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, December 11, 2011 2 comments

Akibat Guru Terlalu "Bengkeng"

www.tips-fb.com

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk!Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh! Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid
berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka
telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa
bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang
lagi.....tamat.
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, December 11, 2011 4 comments

Sebab-Sebab Bumi Berbentuk Sfera

www.tips-fb.com
Korang penah terpikir x sal nie?
Jum kite korek, cungkil dan gali ape sebab2 kejadian tewsebut.. :)
 

  • Sebab kalo korang sesat, korang akan dapat cari tempat kotang mula2 sesat. Kalo korang xjumpe tmpt mula2 korang sesat, maknanye korang btambah sesat..
  • Cube korang bayangkn kalo bumi nie bentuk segitiga, segiempat atau segilima.. Mesti penat an nak jalan situ sini kene naek turun bukit..
  • Haa, yg nie yg taap paling susah kalo bumi bentuk piramaid. Mesti susah gler nk pergi tmpt paling atas tu..
  • Plak tu kalo bumi bentuk piramid, penduduk yang bahagian paling bawah asyik banjir je sebab air laut tumpah ke bawah, cane nak hidup..
  • Lagi, kalo bawah asyik banjir, atas kompem panas gler sebab dekat ngan matahari..
  • Sebab xpenah nmpak pon planet lain bentuk love ke, rectangle dan sebagainye..
  • Cube korang bayangkan kalo bumi nie rata je, macam papan. Kalo nk jalan ke, jogging ker, xtakot ker nti tjatuh ke planet mushtari @ jupiter. Xpon jatuh lam black hole..Eee seram.. 
Sesungguhnye, kite pelu sedar setiap ape yang ALLAH jadikan tu sebaek2 kejadian.
Same2 kite renungkan.. ;) Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, December 11, 2011 2 comments

Apabila ROBOT Buat Kerja

www.tips-fb.com
Kebiasaannya , kalo kite tengok filem2 omputih , ade byk yg cerita sal robot takeover dunia. Cube korang bayangkan kalo robot betul2 takeover dunia nie.. Paling x pon, robot amek bidang pekerjaan, pastu biarkan manusia melepak tak tentu arah.. Ape yg akan jadi ye, adakah para manusia hanye duduk bergoyang kaki d rumah?? Oh, x same skali..
Robot nie sgt bergune tuk menyelamatkan dunia..hehe

Tapi yang sangat pastinya
  • Bertambah-tambahlah pengangguran dlm dunia nie. Sebab nye, semua skill keje yg manusia ada, robot pun ada. Lagi efisyen lak tu. Melampau gile robot nie an.. Manusia dah cipta die, die boley amek pulak kerja manusia.
  • X payah ade KWSP dgn SOCSO. Dah tak releven pun kalo nak pakai. Mansuhkan je serta-merta sbb robot x payah ada simpanan hari tua dgn keselamatan sosial pekerja. Robot mana boleh tua, kalo rosak, antar workshop repair je. Silap ari bulan yang repair tu pon robot jugak..hik3
  • Xde lagi kes amah kena dera dgn majikan ataupun majikan ditipu amah sebab semua orang dah pakai amah robotik yg ikut arahan. Majikan pompuan pon x payah risau suami lari ikut amah . HEHE
  • Yg nie penting nie . masalah obesiti . dah tentu2 lah meningkat an. Da sume orang x kerja, pastu asyik lepak goyang kaki sambil makan, makan & tidow.
  • Ade kemungkinan hubungan sosialiti sesama masyarakat bertambah baik, sbb dah xde apa nak buat.. So duduk lepak, bergosip dgn jiran sebelah je lah kan.. X pun , bertambah buruk sbb semua malas nak keluar rumah, beli brg pun suruh robot jugak..
Ishh3.. X ker kesian sangat kat nasib Si Robot tu nti..
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Saturday, December 10, 2011 0 comments

Jawapan Teka-Teki

www.tips-fb.com

1.Semut hitam tengah berjogging
2.Seluar dalam ler.. haha
3.Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
4.Kotak penalti lah.. wakaka!
5.Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar..
6.Koboi naik kuda bawak ayam.
7.Lilin masa sambut EPI BESDAY
8.Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
9.Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
10.Milo AIS

TAHNIAH kepada yang dapat jawab soalan teka-tekuk dengan JAYANYA..
Yang x berjaye nti boley cube lg.. :)
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Saturday, December 10, 2011 0 comments

Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Rumah

Tuan Rumah

I My Me Mine

Nurul Nasuha
♛19 years old
♛Machang, Kelantan
♛Dip. in Banking
♛UiTM Kelantan
Instagram

Klik Untuk Nampak Comel

Oppa Saranghae !

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dont Stop . Cant Stop


widgets

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Chinggu

Zales Jewelry
Zales Jewelry

Tuan Rumah
Tak Sempat Update Blog

Labels

  • About Kpop (10)
  • Cinta (2)
  • Contest (9)
  • Just For Fun (31)
  • Lyrics (24)
  • Renungan (25)
  • Suha Berkisah (49)

FB

Nasuha Nordin

Create Your Badge

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  June (1)
      • Why Don't I Have A Boyfriend?
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  October (14)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (25)
    • ►  August (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (16)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

Im Yoona Saranghae !

Anyeong

footer blog
Â
Design by : Suha-MissUngu. Powered by Blogger.