-->
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World lıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅ı|llılı

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mr. Kiko Hamtaro

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tanda Sayang ^___^

Surat Cinta Buat Calon Suamiku

www.tips-fb.com


Apa kabarnya imanmu hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur? kerana dapat kembali menatap fananya hidup ini.
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam.

Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?

Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadangkala aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bagian terapuh dari diriku. Namun kini kutahu jawabnya.

Allah tau dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya.
Ujian demi ujian insyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu.

Calon suamiku….

Entah dimana dirimu sekarang, tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.
Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu.
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati.
Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku…

Saat aku mash menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak.
Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh.
Aku ini kuat cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.
Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah…

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih.
Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala.

Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku….

Inilah sekilas harapan, yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. Itulah yang kini kuhadapi.
Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu..
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, June 02, 2013 0 comments

Puasa Sudah Diganti

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t


Mood malas nak buat entry datang lagi, kenapa la yang susah sangat nak luahkan segala apa perasaan yang ada ni dekat blog.
Kekadang sangat konfius sampai nak jerit pada 1 dunia.
Hah! Hiperbola sangat la pula ayatnya.

Ok berbalik kepada tajuk entry,
Alhamdulillah Suha dah habis ganti puasa, yay!
8 hari je pun puasa tapi disebabkan cuaca yang sangat panas dah rasa macam sebulan je.
Orang suruh ganti awal2 degil, ni la padahnya kena puasa sorang2.
Admit ini memang bad habit Suha. Hulur tangan mintak rotan ~

Kurang daripada 50 hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan 1434 Hijrah. Bulan yang penuh keberkatan.
Seperti bulan ramadhan yang lepas, Suha tak dapat selalu berbuka dengan family sebab duduk dekat kampus.
Tapi syukur juga sebab kampus masih dekat dengan rumah walaupun tak selalu dapat balik, sekurang2 nya seminggu sekali wajib balik berbuka dengan family.
Untung la abang Suha, tiap kali bulan puasa mesti cuti semester.
Haylaa pelajar degree, sangat jelous dengan korang.

Pejam celik pejam celik dah setahun ya raya yang lepas.
Rasa macam baru sangat je sambut Raya Aidilfitri.
Tapi pape pun mood raya sebenarnya dah lama datang, baju raya pun dah survey.
Baju raya tahun ni tema warna apa?. Oh, itu masih menjadi rahsia. :P

Untuk kawan2 yang belum habis ganti puasa, dah boleh start struggle la.
Tersenyum je bila ingat pesan parent dan orang2 tua sewaktu kecik dulu,


"Ingat kalau nak raya kena cukup puasa ok.
Kalau tak cukup puasa tak dapat duit raya."



*ps : orang perempuan memang tak akan cukup puasa, dalam sebulan puasa wajib kurang seminggu.ahaha

Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, May 27, 2013 0 comments

Saya Sudah Gemuk

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t

Korang mesti terkejutkan dengan tajuk entry Suha kali ni?. Suha 3 kali ganda terkejut tau.
Ada la seorang hamba ALLAH ni, tak nak mention nama takut nanti kena saman. Dia tegur kenapa Suha nampak berisi sekarang. Eee yang pelik ni apsal tak cakap gemuk je terus?..ahaha


Untuk pengetahuan kaum lelaki yang belum tahu, orang perempuan ni pantang tau kalau ditegur gemuk, iaitu bertambah daripada saiz badan yang asal. Lagi2 kalau yang tegur tu boyfriend dia atau balak dia, tapi situasi Suha hanya seorang kawan. Kalau yang sedia gemuk terima la seadanya ok, jangan pulak sibuk nak kurus. :)

Bila ditimbal balik, dah lama juga tak bersenam ni sejak cuti semester, lebih kurang sebulan yang lalu. So, Suha pun pakat la dengan seorang kawan ni, tentulah BFF Suha kan. Jadi kitorang pun setuju nak mula jogging pagi ni. Kebetulan kawan Suha tu pun sekarang tengah cuti panjang sebab dah habis pengajian dekat Matrikulasi Perak.


Pkul 6.15 pagi mama kejutkan bangun solat subuh, kebiasaan nya set alarm dekat fon kalau di kampus, tapi bila balik rumah nak bermanja dengan mama la pula.
So masuk bilik air cuci muka, gosok gigi & ambil wuduk. Aik itu je?. Iya la nak pergi jogging tak payah mandi nanti busuk balik. Suha cover la jugak sembur perfume sikit.hehe

Sebab terlalu excited sangat nak jogging, lupa nak stretching dulu. Pada 10 minit pertama mula terasa sakit dekat bahagian pinggang, auchh! Itu la pengajarannya kalau malas nak buat senam memanaskan badan dulu.

Kami pusing2 dua pusingan je mula dari depan Sekolah DotDotDot sampai belakang Balai Polis DotDot. Nampak tak agak misteri nama2 tersebut?
So, tamatlah untuk hari ni jogging kami, kitorang janji besok mula awal sedikit memandangkan rumah kami di kawasan sekolah, dan haruslah sibuk waktu2 pagi. Orang nak pergi sekolah, kita sibuk nak jogging. :)

Time dekat UiTM Machang, Suha selalu jugak la bersenam, tapi kena heret roommate sekali la. Disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit dekat sana, so kami lebih suka berbasikal berbanding jogging. Kadang2 kalau terlewat nak sewa basikal, habis pula so kitorang lepak2 dekat gym, buat la apa yang patut. Yang paling best boleh guna sesuka hati gym tu sebab tak ramai student sangat, sambil berehat dalam gym berhawa dingin boleh layan lagu.


Dan hasilnya sekarang, Suha rasa segar sangat lepas jogging tadi. Selalunya cuti2 macam ni katil la jadi peneman paling baik.

Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Thursday, May 16, 2013 3 comments

Filem Dan Drama Adaptasi Novel

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t

Sedar tak sedar, dah banyak drama yang  diadaptasi daripada novel  telah ditayangkan.
Bagi Suha yang memang novelholick ni memang takkan lepaskan peluang untuk duduk tercongok depan tv tiap2 hari. Tak kisah la di TV3, TV9 mahupun Astro. Malah kalau tak cukup tengok dekat tv, struggle download siang malam..hehe

Dulu bermula dengan novel Bicara Hati yang telah didramakan dan ditayangkan di Astro Prima. Lepas tu menyusul pula Gemersik Kalbu, Adam & Hawa dan banyak lagi. Sekarang dah berduyun2 rasanya drama adaptasi novel, yang terbaru ditayangkan novel Teduhan Kasih di slot Akasia, Isnin-Khamis jam 7 malam.

Industri filem tanah air juga banyak memperjudikan filem2 terbaru mereka dengan kisah2 daripada novel terkenal. Antara contohnya : Suami Aku Ustaz yang masih dalam pembikinan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Yang paling WOW apabila penerbit filem itu sendiri yang membawakan watak sebagai heronya. Mesti korang tau kan siapa yang Suha maksudkan tu.
Adi Putra selaku heronya membawa watak Ustaz Hafiz manakala heroinnya dipegang oleh Nora Danish yang membawa watak Alisa, seorang budak sekolah yang bakal menghadapi SPM.


Confirm filem ni nanti bakal pecah panggung lagi sekali seperti filem sebelum ini, Aku Terima Nikahnya  yang  juga menggandingkan mereka bersama.

Buat masa sekarang, Suha fanatik akan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia karya novelis favourite Suha, Zura Asyfar yang ditayangkan di TV3 slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam. Kalau korang tak sempat tengok  episode sebelum2 ni , boleh la layan di TONTON seperti biasa. Novelnya pun Suha dah khatam berkali2. Cerita ni ringan je, takda unsur stress.


Bagi Suha novel ni lain sedikit sebab watak2 hero dan heroinnya yang agak gila2 dan childish. 24 jam kerja nak bergaduh je, tapi dalam bergaduh2 pun ada juga sweet nya.  Selalunya kita gambarkan watak hero yang matured seperti novel2 lain, tapi apalah adanya dengan hero yang berkahwin pada umur 21 tahun. So korang jom tengok drama ni, janji tau tiap2 malam Jumaat tercongok depan tv. :)
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Tuesday, May 14, 2013 0 comments

Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Rumah

Tuan Rumah

I My Me Mine

Nurul Nasuha
♛19 years old
♛Machang, Kelantan
♛Dip. in Banking
♛UiTM Kelantan
Instagram

Klik Untuk Nampak Comel

Oppa Saranghae !

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dont Stop . Cant Stop


widgets

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Chinggu

Zales Jewelry
Zales Jewelry

Tuan Rumah
Tak Sempat Update Blog

Labels

  • About Kpop (10)
  • Cinta (2)
  • Contest (9)
  • Just For Fun (31)
  • Lyrics (24)
  • Renungan (25)
  • Suha Berkisah (49)

FB

Nasuha Nordin

Create Your Badge

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  June (1)
      • Why Don't I Have A Boyfriend?
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  October (14)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (25)
    • ►  August (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (16)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

Im Yoona Saranghae !

Anyeong

footer blog
Â
Design by : Suha-MissUngu. Powered by Blogger.