-->
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World lıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅ı|llılı

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mr. Kiko Hamtaro

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tanda Sayang ^___^

Dream High Season 2

www.tips-fb.com

Hye2! Da berkurun blog ni menyepi tanpa corat-coret dan bebelan Suha.. Mungkin kekawan yg datang singgah pon da buhsan nengok kan?.. Tp ae ni mcm ade smngat luar biase je, gigih nk update blog!hee

K berbalik pada tjuk entry DREAM HIGH SEASON 2.. Mesti korang da tengok DREAM HIGH SEASON 1 an?.. Yang salah sorang daripada pelakon tu oppa Suha tau, Oak Taecyeon, jgn tatau plak..hehe.. Tade la saje je nak pasan lebey.. Memang cite tu dapat sambutan hangat kat Malaysia jugak. Oleh sebab tu kot pihak penerbitan kuarkan yang SEASON 2 plak.. Tahniah! Congrates! Chukahaeyo! ~
Suha excited sangat nk buad entry ni sebab MALAM NI tau DREAM HIGH S2 da mula kat KBS.. Walopon ade sesetengah yg struggle download kat tenet, tp Suha yg sememangnye teramat "rajin" ni sekadar tunggu tersiar kat tv je..hehe
So bermula la malam ni kegilaan ku terhadap DREAM HIGH S2..

Sebab kedua Suha excited sgt ni coz yang acting lam tu pompuan yang sangat Suha gilai.. Boley ke gilai pompuan jgak?.. Aishh, sye straight okeh!haha
Beliau ialah PARK JI YEON.. Agak2 kenal x? Mesti la kenal an, die salah sorang daripada ahli grup yang semakin diterima lam musik KPOP, iaitu T-ARA.. Wahh, name grup pon da mcm blink2!hee
Ni la beliau : : : :

Sangat comel kan? >.<
And kepada yg blom kenal ngn grup T-ARA

Gambar drpd Roly Poly MV yang popular sebelum lgu terbaru dorang Lovey Dovey
Ni plak Suha sertakan jugak 6 teraju utama lam DREAM HIGH S2

Park Seo Joon, JB, Kang So Ra, Jung Jin Woon 2AM, Park Ji Yeon T-ARA & Hyorin SISTAR.

couple of JB & Ji Yeon
Really intreresting to be watched,
I can't wait to watch this >.<
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, February 20, 2012 0 comments

12 Perkara Tentang Cinta

www.tips-fb.com
Buat semua, disini ada 12 perkara anda perlu tahu tentang cinta. Jangan ingat nak bercinta je tau. Nak tau...jom baca.

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.


4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, January 30, 2012 0 comments

Lawak Samy Vellu Sepanjang Zaman

www.tips-fb.com
Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.

Pasti ramai yangakan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu
..wakaka


Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, January 29, 2012 0 comments

Perkara Yang Tak Boleh Diubah

www.tips-fb.com
Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:



1.Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki .....
2.Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

3.Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4.Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

5.Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.

6.Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

7.Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:

  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.


Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Thursday, January 26, 2012 0 comments

Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Rumah

Tuan Rumah

I My Me Mine

Nurul Nasuha
♛19 years old
♛Machang, Kelantan
♛Dip. in Banking
♛UiTM Kelantan
Instagram

Klik Untuk Nampak Comel

Oppa Saranghae !

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dont Stop . Cant Stop


widgets

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Chinggu

Zales Jewelry
Zales Jewelry

Tuan Rumah
Tak Sempat Update Blog

Labels

  • About Kpop (10)
  • Cinta (2)
  • Contest (9)
  • Just For Fun (31)
  • Lyrics (24)
  • Renungan (25)
  • Suha Berkisah (49)

FB

Nasuha Nordin

Create Your Badge

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  June (1)
      • Why Don't I Have A Boyfriend?
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  October (14)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (25)
    • ►  August (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (16)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

Im Yoona Saranghae !

Anyeong

footer blog
Â
Design by : Suha-MissUngu. Powered by Blogger.