-->
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World lıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅ı|llılı

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mr. Kiko Hamtaro

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tanda Sayang ^___^

Rahsia Tahi Lalat

www.tips-fb.com
Sebab tak tahu nak cerita apa, so Suha cuba kongsikan ini. Sekadar suka-II saja. Sharing is caring kan ~ (hihi)
letak gambar EXO oppa(s) aci tak ? (hihi)

1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman

51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, December 02, 2013 0 comments

I am Banking Student (BM112) , Part 4

www.tips-fb.com
Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum girls & guys . Maaf sesangat sebab Suha dah biarkan blog ni terbiar dengan semak-samun bagai . Korang mesti tau kehidupan remaja zaman sekarang kan? Kalau tak ber- Facebook , mesti ber- Twitter, BBM, Wechat & WhatsApp je. Nampak benor malas nak menaip panjang-II dekat entry blog kan (hihi) .

By the way, 24 November ae tu dah mula sem baru. Selamat mula berkuliah buat students UiTM. Sem ni Suha dah semester ke-4 tau, yeay dah jadi senior! Good luck buat kawan-II. Like usually, ecehh speaking lak (hehe) , semester baru mesti azam baru kan. So azam Suha sem ni untuk meningkatkan mutu belajar. Kena usaha lagi. Disamping cuba tunaikan azam yang tak tercapai, ada Suha selitkan sekali azam baru sempena tahun baru 2014 yang bakal tiba nanti.

Kalau diikutkan officially, esok (Ahad) baru b’mula sesi kuliah. Bg korang students or ex-students UiTM mmg tau la flow 1st week kan (hehe). Kebanyakan lecturer xmasuk lg di awal sem, mungkin mereka masih keliru dgn jadual yg bertindih dan sebagainya. Tapi kami sebagai students REDHO kan je.

Ok ni Suha nak kongsikan subjek-II utk sem 4 ni. 6 subjek semua nya. Dgn b’akhir nya ko-kurikulum sem lepas b’makna sem ni dpt la Suha tumpukan 100% pd akademik. Hooreyy !

BAB151 - Arabic Language
ECO261 - Malaysian Economy
FIN263 - Banking Operation & Documentation
LAW299 - Business Law
MGT269 - Business Communication
MGT345 - Operation Management

Diploma in Banking (Faculty of  Business Management) , Part 4 (BM112 4D)
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Saturday, November 30, 2013 0 comments

Keistimewaan Wanita

www.tips-fb.com



:: WANITA ITU TIDAK MINTA BANYAK
Ia hanya ingin didengarkan.
Ia hanya ingin dihargai.
Ia hanya butuh ketulusan cinta dan kasih sayang.

:: WANITA ITU TANGGUH
Ia mampu tetap tersenyum ketika hatinya bersedih.
Ia mampu tetap berharap walau kadang dikecewakan.
Ia mampu tetap bertahan walu hatinya penuh beban.

:: WANITA ITU MOTIVATOR
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup.
Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah.
Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.

:: WANITA ITU PEMAAF
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba membohonginya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba menduakan cintanya.
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba memarahinya.
Ia akan memaafkan walau salahmu sudah teramat besar kepadanya.

Bukan karena ia bodoh..
Melainkan karena besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.

Bukan karena ia lemah..
Melainkan karena kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia.

:: WAHAI LELAKI
Wanita itu diciptakan dari tulang rusukmu.
Jagalah kehormatan mereka.
Hargailah keberadaan mereka.
Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu.
Mereka tidak ingin berada diatasmu.
Tapi ingin selalu di sampingmu.

Muliakanlah mereka sebagaimana engkaum muliakan Ibu.
Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu.
Lembutlah kepada mereka karena mereka adalah bagian dari ragamu.

Dan bimbinglah mereka menuju tempat terhormat kelak.
Agar ia menjadi bidadari yang bertahta di Surga-Nya.

InsyaAllah,, Aamiin Ya Rabbal'alaamiin.
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Friday, July 12, 2013 0 comments

Talkin Yang Menggerunkan

www.tips-fb.com


Hari ini hatiku terdetik untuk mencari maksud talkin yang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia. Jadi, kalau boleh semasa membaca, sebut-sebutlah nama kita sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, In shaa Allah. Sama2 lah kita membaca dan memahaminya.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala
Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah SWT
Sebagaimana kamu juga hamba Allah SWT
Apabila mereka menyuruh kamu duduk
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA

Tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benarBerkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan ada
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

credit to : La Tahzan Ya Ukhti


Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Thursday, July 11, 2013 0 comments

Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Rumah

Tuan Rumah

I My Me Mine

Nurul Nasuha
♛19 years old
♛Machang, Kelantan
♛Dip. in Banking
♛UiTM Kelantan
Instagram

Klik Untuk Nampak Comel

Oppa Saranghae !

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dont Stop . Cant Stop


widgets

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Chinggu

Zales Jewelry
Zales Jewelry

Tuan Rumah
Tak Sempat Update Blog

Labels

  • About Kpop (10)
  • Cinta (2)
  • Contest (9)
  • Just For Fun (31)
  • Lyrics (24)
  • Renungan (25)
  • Suha Berkisah (49)

FB

Nasuha Nordin

Create Your Badge

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  June (1)
      • Why Don't I Have A Boyfriend?
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  October (14)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (25)
    • ►  August (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (16)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

Im Yoona Saranghae !

Anyeong

footer blog
Â
Design by : Suha-MissUngu. Powered by Blogger.