-->
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World lıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅ı|llılı

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mr. Kiko Hamtaro

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tanda Sayang ^___^

Why Don't I Have A Boyfriend?

www.tips-fb.com


Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.

She asked her: Why don’t you have a boyfriend?

She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours.

First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him. Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25).
Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only.

My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty.

Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend.
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Wednesday, June 04, 2014 0 comments

8 Perkara Pantang Bagi Lelaki

www.tips-fb.com

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’.Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya. Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara untuk hubungan yang aman harmoni.

4.Jika dia telah bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan betambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang boleh anda lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sesekali perlekehkan dan perkecilkannya.Dia bole mengamuk gila.

5.Dia tidak suka sama sekali dipersalahkan, miskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas denga berbuat begitu.

6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, dahkan minat dia juga perlu anda sokong. Jangan tatkala ia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman kerja, anda tokok tambah lagi dengan menyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannnya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan berbicara lagi dengan anda.Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri dipihaknya. Jika perlu beri pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan didalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memujinya secara berlebihan akan engundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.

8.Lelaki penuh denga keegoan. Miskipun dia berpedidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila membuat keputusan.Berikan dia kuasa kepimpinan. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik membangkang.

Itulah dia 8 perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki. Ambil kisah dan berhati-hatilah. Semoga hidup anda bahagia di sampingnya.
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, March 16, 2014 0 comments

Kafir Tanpa Disedari

www.tips-fb.com

 Kafir tanpa disedari

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

Sumber dari facebook Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Wednesday, February 19, 2014 0 comments

Kenaikan Tarif Bil Elektrik 2014

www.tips-fb.com
Assalamualaikum

Selamat menyambut Tahun Baru 2014. Seperti yang kita tahu, tahun 2014 berlakunya kenaikan harga pelbagai barangan & perkhidmatan. Di pagi 1 Januari 2014 yang hening ni, Suha tak nak bercerita pasal sambutan tahun baru. Tapi, Suha nak share langkah untuk menangani salah satu kenaikan harga perkhidmatan.

Suha nak listkan langkah-II untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah Suha. Kalau korang rasa bermanfaat boleh la kita buat sama (hihi) .
Kalau time stay Kolej Dato’ Onn, UiTM Machang dulu memang xterasa sangat hal ni. Sebab students hanya dicas RM10 je setiap barang elektrik yg dibawa. So sangat-II murah kan? Tapi sekarang kena fikir, sebab stay rumah xnak bebankan Mama Abah.

1. Modem Streamyx – matikan suis apabila tak digunakan. Contohnya : semasa tidur & ketika ke kuliah, elokla tutup suis modem supaya elektrik tidak dibazirkan begitu saja.

2. Lampu Tidur – okay yg ni merupakan habit Suha sejak kecik lagi. Mmg kalau tidur sensorang dkt bilik kena ada sikit sumber cahaya. Tak kisah la lampu apa sekalipun tapi tetap kena ada. Tapi memandangkan elektrik bakal melambung tinggi tahun ni, Suha kena beranikan diri je la kan.. Dah besor panjang hantu pun xnak usik dah haih (haha) .

3. Saterika – yang ni pun sama. Sejak duduk kolej (hostel) semester 1 lg memang tabiat la gosok pakaian bila dah nak pakai. Kononnya senang, siap gosok terus sarung dekat badan. Sebenarnya tabiat sebegini adalah orang-orang yang malas sahaja (haha) . Sebagai student, sepatutnya seminggu sekali je iron kain baju. Kan jimat kalau kita guna elektrik untuk menggosok sekali seminggu je. Ok jom buat!

4. Laptop – kalau xnak guna lebih baik “Shut Down” terus drpd biarkan laptop “Sleep” .  Walaupun kita xguna pon laptop tu tapi yg sebenarnya elektrik masih mengalir.  So berhemah la dlm penggunaan elektrik ye kawan-II .

5. Cas Handphone – elok la kalau cas handphone sekali sehari. Dan jgn la kuat sngt berFB, Twitter, WeChat, WhatsApp, BBM (haha) .

Kenapa Suha letak modem 1st sekali?. Haa tu sebab modem ni la penyumbang kepada semua yg dinyatakan di atas tu. Nak tau kenapa?
-     Saterika, bila asyik online 24/7 ni rasa malas pula nk luangkan masa iron baju seminggu sekali kan. Rasa nak cepat je, kalau hari-II iron confirm cpt (hihi) .
-     Laptop & cas handphone, yg ni pun lebih kurang dengan yg tadi. Dua-II benda ni digunakan untuk bersosial.

So korang setuju tak dengan cadangan Suha tuk kurangkan bil elektrik?
Mujur Malaysia masih aman ^_^ (senyum lebar)
Tarif kenaikan elektrik ni bermula pada hari ni (1 Jan 2014)





Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Wednesday, January 01, 2014 0 comments

Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Rumah

Tuan Rumah

I My Me Mine

Nurul Nasuha
♛19 years old
♛Machang, Kelantan
♛Dip. in Banking
♛UiTM Kelantan
Instagram

Klik Untuk Nampak Comel

Oppa Saranghae !

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dont Stop . Cant Stop


widgets

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Chinggu

Zales Jewelry
Zales Jewelry

Tuan Rumah
Tak Sempat Update Blog

Labels

  • About Kpop (10)
  • Cinta (2)
  • Contest (9)
  • Just For Fun (31)
  • Lyrics (24)
  • Renungan (25)
  • Suha Berkisah (49)

FB

Nasuha Nordin

Create Your Badge

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  June (1)
      • Why Don't I Have A Boyfriend?
    • ►  March (1)
      • 8 Perkara Pantang Bagi Lelaki
    • ►  February (1)
      • Kafir Tanpa Disedari
    • ►  January (1)
      • Kenaikan Tarif Bil Elektrik 2014
  • ►  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  October (14)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (25)
    • ►  August (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (16)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

Im Yoona Saranghae !

Anyeong

footer blog
Â
Design by : Suha-MissUngu. Powered by Blogger.