-->
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World lıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅ı|llılı

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mr. Kiko Hamtaro

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Tanda Sayang ^___^

Puasa Sudah Diganti

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t


Mood malas nak buat entry datang lagi, kenapa la yang susah sangat nak luahkan segala apa perasaan yang ada ni dekat blog.
Kekadang sangat konfius sampai nak jerit pada 1 dunia.
Hah! Hiperbola sangat la pula ayatnya.

Ok berbalik kepada tajuk entry,
Alhamdulillah Suha dah habis ganti puasa, yay!
8 hari je pun puasa tapi disebabkan cuaca yang sangat panas dah rasa macam sebulan je.
Orang suruh ganti awal2 degil, ni la padahnya kena puasa sorang2.
Admit ini memang bad habit Suha. Hulur tangan mintak rotan ~

Kurang daripada 50 hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan 1434 Hijrah. Bulan yang penuh keberkatan.
Seperti bulan ramadhan yang lepas, Suha tak dapat selalu berbuka dengan family sebab duduk dekat kampus.
Tapi syukur juga sebab kampus masih dekat dengan rumah walaupun tak selalu dapat balik, sekurang2 nya seminggu sekali wajib balik berbuka dengan family.
Untung la abang Suha, tiap kali bulan puasa mesti cuti semester.
Haylaa pelajar degree, sangat jelous dengan korang.

Pejam celik pejam celik dah setahun ya raya yang lepas.
Rasa macam baru sangat je sambut Raya Aidilfitri.
Tapi pape pun mood raya sebenarnya dah lama datang, baju raya pun dah survey.
Baju raya tahun ni tema warna apa?. Oh, itu masih menjadi rahsia. :P

Untuk kawan2 yang belum habis ganti puasa, dah boleh start struggle la.
Tersenyum je bila ingat pesan parent dan orang2 tua sewaktu kecik dulu,


"Ingat kalau nak raya kena cukup puasa ok.
Kalau tak cukup puasa tak dapat duit raya."



*ps : orang perempuan memang tak akan cukup puasa, dalam sebulan puasa wajib kurang seminggu.ahaha

Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Monday, May 27, 2013 0 comments

Saya Sudah Gemuk

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t

Korang mesti terkejutkan dengan tajuk entry Suha kali ni?. Suha 3 kali ganda terkejut tau.
Ada la seorang hamba ALLAH ni, tak nak mention nama takut nanti kena saman. Dia tegur kenapa Suha nampak berisi sekarang. Eee yang pelik ni apsal tak cakap gemuk je terus?..ahaha


Untuk pengetahuan kaum lelaki yang belum tahu, orang perempuan ni pantang tau kalau ditegur gemuk, iaitu bertambah daripada saiz badan yang asal. Lagi2 kalau yang tegur tu boyfriend dia atau balak dia, tapi situasi Suha hanya seorang kawan. Kalau yang sedia gemuk terima la seadanya ok, jangan pulak sibuk nak kurus. :)

Bila ditimbal balik, dah lama juga tak bersenam ni sejak cuti semester, lebih kurang sebulan yang lalu. So, Suha pun pakat la dengan seorang kawan ni, tentulah BFF Suha kan. Jadi kitorang pun setuju nak mula jogging pagi ni. Kebetulan kawan Suha tu pun sekarang tengah cuti panjang sebab dah habis pengajian dekat Matrikulasi Perak.


Pkul 6.15 pagi mama kejutkan bangun solat subuh, kebiasaan nya set alarm dekat fon kalau di kampus, tapi bila balik rumah nak bermanja dengan mama la pula.
So masuk bilik air cuci muka, gosok gigi & ambil wuduk. Aik itu je?. Iya la nak pergi jogging tak payah mandi nanti busuk balik. Suha cover la jugak sembur perfume sikit.hehe

Sebab terlalu excited sangat nak jogging, lupa nak stretching dulu. Pada 10 minit pertama mula terasa sakit dekat bahagian pinggang, auchh! Itu la pengajarannya kalau malas nak buat senam memanaskan badan dulu.

Kami pusing2 dua pusingan je mula dari depan Sekolah DotDotDot sampai belakang Balai Polis DotDot. Nampak tak agak misteri nama2 tersebut?
So, tamatlah untuk hari ni jogging kami, kitorang janji besok mula awal sedikit memandangkan rumah kami di kawasan sekolah, dan haruslah sibuk waktu2 pagi. Orang nak pergi sekolah, kita sibuk nak jogging. :)

Time dekat UiTM Machang, Suha selalu jugak la bersenam, tapi kena heret roommate sekali la. Disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit dekat sana, so kami lebih suka berbasikal berbanding jogging. Kadang2 kalau terlewat nak sewa basikal, habis pula so kitorang lepak2 dekat gym, buat la apa yang patut. Yang paling best boleh guna sesuka hati gym tu sebab tak ramai student sangat, sambil berehat dalam gym berhawa dingin boleh layan lagu.


Dan hasilnya sekarang, Suha rasa segar sangat lepas jogging tadi. Selalunya cuti2 macam ni katil la jadi peneman paling baik.

Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Thursday, May 16, 2013 3 comments

Filem Dan Drama Adaptasi Novel

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t

Sedar tak sedar, dah banyak drama yang  diadaptasi daripada novel  telah ditayangkan.
Bagi Suha yang memang novelholick ni memang takkan lepaskan peluang untuk duduk tercongok depan tv tiap2 hari. Tak kisah la di TV3, TV9 mahupun Astro. Malah kalau tak cukup tengok dekat tv, struggle download siang malam..hehe

Dulu bermula dengan novel Bicara Hati yang telah didramakan dan ditayangkan di Astro Prima. Lepas tu menyusul pula Gemersik Kalbu, Adam & Hawa dan banyak lagi. Sekarang dah berduyun2 rasanya drama adaptasi novel, yang terbaru ditayangkan novel Teduhan Kasih di slot Akasia, Isnin-Khamis jam 7 malam.

Industri filem tanah air juga banyak memperjudikan filem2 terbaru mereka dengan kisah2 daripada novel terkenal. Antara contohnya : Suami Aku Ustaz yang masih dalam pembikinan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Yang paling WOW apabila penerbit filem itu sendiri yang membawakan watak sebagai heronya. Mesti korang tau kan siapa yang Suha maksudkan tu.
Adi Putra selaku heronya membawa watak Ustaz Hafiz manakala heroinnya dipegang oleh Nora Danish yang membawa watak Alisa, seorang budak sekolah yang bakal menghadapi SPM.


Confirm filem ni nanti bakal pecah panggung lagi sekali seperti filem sebelum ini, Aku Terima Nikahnya  yang  juga menggandingkan mereka bersama.

Buat masa sekarang, Suha fanatik akan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia karya novelis favourite Suha, Zura Asyfar yang ditayangkan di TV3 slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam. Kalau korang tak sempat tengok  episode sebelum2 ni , boleh la layan di TONTON seperti biasa. Novelnya pun Suha dah khatam berkali2. Cerita ni ringan je, takda unsur stress.


Bagi Suha novel ni lain sedikit sebab watak2 hero dan heroinnya yang agak gila2 dan childish. 24 jam kerja nak bergaduh je, tapi dalam bergaduh2 pun ada juga sweet nya.  Selalunya kita gambarkan watak hero yang matured seperti novel2 lain, tapi apalah adanya dengan hero yang berkahwin pada umur 21 tahun. So korang jom tengok drama ni, janji tau tiap2 malam Jumaat tercongok depan tv. :)
Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Tuesday, May 14, 2013 0 comments

Disuruh Cari Ustaz

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t

Semalam semasa Suha tengah syok layan Running Man dekat laptop, mama masuk jenguk dalam bilik. Kebiasaannya malam2 sebelum tido memang mama selalu masuk berbual2 dengan Suha.
Nak dijadikan cerita, tiba2 berlaku la dialog yang agak memeranjatkan Suha. Ni dialog dalam bahasa Kelate yang telah di-Melayu-kan..hehe.

“Adik, nanti cari Ustaz ea.” (bukan pertanyaan tapi berupaya harapan)
(Suha buat muka terkejut) “Kenapa mama cakap macam tu?”
“Iye la, kalau cari ustaz, confirm perangai elok. Nanti dia layan isteri seadanya.”
“Owh macam tu, tapi adik rasa tak semua ustaz tu baik mama, yang tak jadi ustaz kadang2 lebih baik daripada ustaz.” (tu sebenarnya ayat cover.ahaha)
“A’aa iye la kan. Mama pun ada jumpa jugak ustaz yang perangai tak serupa bikin. Time bagi kuliah macam2 dia nasihat orang, tapi diri sendiri pon tak buat.” (nampaknya mama bersetuju dengan hujah tak berapa kukuh tu..hehe)
Kemudian kami ubah cerita pasal topic lain.

*ni bukan dialog kami mengejek atau menfitnah mana2 pihak. Mohon tidak terasa* 

Lepas mama masuk tidur Suha terfikir, kenapa la mama boleh cakap macam tu tadi.
Nak kata Suha tengah syok chatting atau tengah text kawan2 masa mama masuk bilik tu takde pulak.
Suha ni muda lagi, umur pun kalau ikut surat beranak baru 18 Tahun 6 Bulan.

Takkan nak bagi lampu hijau kahwin muda kot?.ahaha
Tapi tak hairan la kalau mama suruh Suha je yang kahwin dengan ustaz, sebab kak Long dah kahwin, yang tinggal abang2 je yang membujang.
Mustahil  la nak suruh diorang kahwin dengan ustaz, mesti la ustazah!hehe

*moral of the story : mama nak yang terbaik untuk anak2 dia, dan Suha sedar akan hal itu. Dan tak terniat pon yang mama ingin mengongkong anak2 dia*
Sayang Mama!
Selamat Hari Ibu :*






Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Sunday, May 12, 2013 0 comments

Kasih Ayah Tiada Tandingannya

www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t
Lama sungguh rasanya Suha memencilkan diri dari dunia blog ni.
Tadi, masa tengah godek2 newsfeed Facebook, Suha ada terjumpa satu video yang dipost oleh seorang kawan.
Jadi, Suha nak kongsikan dengan korang semua.
Kalau korang nak tengok, kat bawah Suha sertakan sekali video tu.


Tajuk lagu tu Kuterima Kau Apa Adanya daripada Pocket Band (Indonesia)
Masa Suha tengok dan hayati video tu, Suha terfikir akan ABAH..
Suha sebak dan mengalirkan air mata saat tengok video yang dipetik daripada sebuah filem Thailand tu.
Betapa besarnya pengorbanan seorang bapa kepada anaknya walaupun dia bukan manusia normal bahkan pekak dan bisu.
Dia berusaha buat yang terbaik untuk anaknya walaupun dia serba kekurangan. Walau nyawa sekalipun sanggup diganti.
Kasih bapa sangat mulia dan tiada tandingannya.
Dari detik itu Suha terfikir, kita yang terpilih memiliki seorang BAPA yang normal ini perlu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bercerita dan berkongsi pendapat bersamanya.
Suha mengaku sebagai seorang anak kadang2 terlepas laku juga terhadap ayah ibu.
Apa yang Suha doakan semoga kasih sayang Suha kepada mereka akan kekal hingga ke akhir hayat, jauhilah diriku daripada tergolong dalam kalangan anak yang derhaka.
Aaminn ya rabbal alamin.

So, sayangilah ABAH, AYAH, PAPA, ABI mahupun DADDY korang selagi hayat mereka masih ada.
Senangkanlah hati mereka selagi kita mampu.
Terbitkan senyuman di bibir mereka dengan kejayaan yang kita perolehi.
Berbaktilah kepada mereka dan sisipkanlah doa sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. :)



Follow @misscassieopeia
terima kasih daun keladi, tekan LIKE kalau sudi :)

Posted by Nasuha Nordin at Wednesday, May 08, 2013 0 comments

Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Rumah

Tuan Rumah

I My Me Mine

Nurul Nasuha
♛19 years old
♛Machang, Kelantan
♛Dip. in Banking
♛UiTM Kelantan
Instagram

Klik Untuk Nampak Comel

Oppa Saranghae !

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Dont Stop . Cant Stop


widgets

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Chinggu

Zales Jewelry
Zales Jewelry

Tuan Rumah
Tak Sempat Update Blog

Labels

  • About Kpop (10)
  • Cinta (2)
  • Contest (9)
  • Just For Fun (31)
  • Lyrics (24)
  • Renungan (25)
  • Suha Berkisah (49)

FB

Nasuha Nordin

Create Your Badge

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Into the New World

  • ►  2014 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (12)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Puasa Sudah Diganti
      • Saya Sudah Gemuk
      • Filem Dan Drama Adaptasi Novel
      • Disuruh Cari Ustaz
      • Kasih Ayah Tiada Tandingannya
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (26)
    • ►  October (14)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2011 (104)
    • ►  December (25)
    • ►  August (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (16)
    • ►  March (19)
    • ►  February (16)
    • ►  January (16)
  • ►  2010 (4)
    • ►  December (4)

Im Yoona Saranghae !

Anyeong

footer blog
Â
Design by : Suha-MissUngu. Powered by Blogger.